PENGENALAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN ORANG KERDIL MALAYSIA (No.Pendaftaran 2084 W.P)

1. PENGENALAN:

 
1.1  Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, sebuah Pertubuhan bukan Kerajaan (Ngo) yang berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) dan diluluskan di bawah akta 1963 pada 28 Mei 1984, keahlian pertubuhan ini terdiri warganegara Malaysia daripada berbilang kaum.
 
1.2  Asas penubuhan Pertubuhan ini bertujuan membantu kumpulan sasar Orang Kurang Upaya (kerdil), dan memberi latihan mengikut bidang-bidang yang diminati di samping mengenalpasti jumlah masyarakat kerdil di Malaysia

 

2. KEAHLIAN:
 
2.1  Keahliannya terdiri golongan orang kerdil berwarganegara Malaysia ketinggiannya tidak lebih 142cm bagi lelaki dan 138cm bagi wanita yang telah disahkan oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.
 
2.2  Masyarakat kerdil adalah sebahagian golongan OKU, sebahagian masyarakat kerdil perlu dibimbing, bagi menghakis perasaan malu dan rendah diri, supaya mereka dapat berdikari dan secara tidak langsung dapat bersaing di dalam bidang yang diminati.
 
2.3  Pertubuhan ini berperanan sebagai perantaraan kepada masyarakat kerdil yang berdaftar, mencari peluang pekerjaan, disamping memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, mengikut kemampuan pertubuhan.


3. MAKLUMAT PERTUBUHAN:

3.1 Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia

3.2 Pendaftaran Pertubuhan : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)


a. No. Pendaftaran Pertubuhan : 20/84 W.P 
b. Rujukan No. Pendaftaran : PPM.WKL0168/82 
c. Tarikh Pendaftaran : 28 Mei 1984

3.3  Alamat Pertubuhan :
Alamat Berdaftar : 29A, Tingkat 1, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur 
Alamat Surat Menyurat : 29A, Tingkat 1, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur

3.4 No. Telefon: 03-4023 5302 / 012-3009913 faks 03-4022 3467

3.5 E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

3.6 Kumpulan Sasar: OKU kerdil dan kanak kanak OKU kerdil (fizikal)

3.7 Ahli Gabungan: Persatuan Orang Cacat Malaysia (MCD) 

4. MESYUARAT AGUNG:

4.1 Mesyuarat Agung Pertubuhan ini diadakan pada setiap tahun dan pemilihan Jawatan Kerja diadakan setiap tiga (3) tahun sekali.

5. MATLAMAT PERTUBUHAN:

5.1 Berusaha memberi latihan dan bimbingan melalui seminar dan kursus kursus kepada masyarakat kerdil dalam apa juga bidang mereka minati.

5.2 Berusaha memberi pertolongan dan bantuan kepada masyarakat kerdil yang benar benar memerlukan seperti membeli atat sokongan, dan lain lain bantuan jika difikirkan layak.

5.3 Berusaha memupuk nilai-nilai murni dan menanamkan semangat kerjasama pesefahaman serta melahirkan masyarakat kerdil yang dinamik, berdikari, produktif dalam ekonomi, berkesedaran di dalam sosial dan nasional untuk faedah mereka sendiri.

5.4 Berusaha melahirkan masyarakat kerdil yang berjaya sebagai contoh kepada masyarakat kerdil yang lain.

5.5 Berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat kerdil membentuk jatidiri serta meningkatkan taraf hidup dengan membuat kerja kerja amal dan kebajikan.

5.6 Berkerjasama dengan kerajaan serta badan NGO yang lain yang selari dengan matlamat Pertubuhan demi untuk majukan masyarakat kerdil di Malaysia.